19,495 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita19,495 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 19,495 kes berbanding 15,669 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif keseluruhan sebanyak 2,030,935 kes.

Menurutnya, Sarawak kembali merekodkan kes harian tertinggi dengan 4,709 kes diikuti Selangor (2,710 kes), Sabah (2,015 kes), Johor (1,860 kes) dan Pulau Pinang (1,757 kes).

“Kelantan pula merekodkan 1,434 kes, Kedah (1,178 kes), Perak (1,174 kes), Terengganu (993 kes) dan Pahang (776 kes).

“Manakala Kuala Lumpur merekodkan 363 kes, Negeri Sembilan (222 kes), Melaka (190 kes), Perlis (108 kes) dan Putrajaya (16 kes).

“Tiada kes positif baharu direkodkan di Labuan setakat jam 12 tengah hari ini,” katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis