19,307 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Berita19,307 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 19,307 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini mencecah hampir dua juta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes jangkitan kini ialah 1,919,774 kes dan kes harian di Sarawak terus meningkat dengan 3,118 kes diikuti Selangor 2,700 kes.

“Ia disusuli Sabah iaitu 2,298 kes baharu, Pulau Pinang (2,243), Johor (2,032), Kelantan (1,438), Kedah (1,355), Perak (1,341), Terengganu (910), Pahang (661), Kuala Lumpur (513), Melaka (340), Negeri Sembilan (207), Perlis (108), Putrajaya (28) dan Labuan (15),” katanya menerusi Facebook hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis