16,117 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Berita16,117 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes harian COVID-19 di negara ini kekal lima angka sejak kali pertama dicatatkan 13 Julai lalu dengan 16,117 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,044,071 kes.

Beliau berkata berkata, tiga negeri mencatatkan kes empat angka iaitu Selangor dengan 6,616 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,457) dan Kedah (1,000).

Selain itu Johor 907 kes, Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405) dan Pahang (403).

“Pertambahan kes turut dilihat di Terengganu dengan 317 kes, Putrajaya (122), Labuan (11) dan Perlis (dua),”katanya dalam Facebook hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis