16,073 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita16,073 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 menurun dengan 16,073 kes dilaporkan, hari ini berbanding 19,198 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan 1,995,771 kes kumulatif keseluruhan.

Menurutnya, Sarawak masih merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,522 kes namun menurun berbanding 5,291 kes, semalam.

Beliau berkata, Johor merekodkan 2,030 kes manakala Selangor 1,947 kes, Sabah (1,649 kes), Pulau Pinang (1,243 kes) dan Kedah (1,191 kes).

“Kes di Kelantan pula sebanyak 1,070 kes, Perak (1,011 kes), Pahang (878 kes), Terengganu (704 kes), Kuala Lumpur (398 kes) dan Melaka (206 kes),” katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Beliau berkata, Negeri Sembilan merekodkan 156 kes, Perlis (41 kes), Putrajaya (16 kes) dan Labuan (11 kes). – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis