15,764 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Berita15,764 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,764 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, hari ini berbanding 17,150 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 6,067 kes dicatatkan di Selangor.

Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan empat angkat dengan 1,536 kes, diikuti dengan Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

Sementara itu, 862 kes baharu dilaporkan di Negeri Sembilan manakala Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425) dan Sarawak (411).

Kurang 10 kes dilaporkan di Perlis dan Labuan iaitu masing-masing sembilan dan tujuh kes. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis