14,554 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Berita14,554 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan COVID-19 di negara ini merekodkan sedikit peningkatan berbanding semalam apabila 14,554 kes positif baharu dikesan, setakat tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara kumulatifnya, kes positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 2,171,232 kes.

Beliau berkata, Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 2,825 kes, diikuti Selangor (2,244), Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).

“Kelantan merekodkan 910 kes, disusuli Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271), Negeri Sembilan (157), Perlis (65) dan Putrajaya (30).

“Sementara tiada kes jangkitan COVID-19 direkodkan di Labuan,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook beliau sebentar tadi. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis