14 Lokaliti Di 3 Negeri Dikenakan PKPD

Berita14 Lokaliti Di 3 Negeri Dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu masing-masing 11 di Sabah, dua di Pahang dan satu di Kelantan berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, enam kampung Orang Asli di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan iaitu Kampung Cekau, Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau dikenakan PKPD sehingga 12 Ogos depan.

“Selain itu, dua lokaliti di Pahang iaitu Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Rompin juga dikenakan PKPD sama bermula Jumaat sehingga 12 Ogos.

“Bagi mengelak penularan dalam komuniti, 11 lokaliti di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria turut dikenakan PKPD.

“Selain itu, empat lokaliti di Sandakan juga dikenakan PKPD iaitu Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1 – 8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Perintah Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

Hishammuddin berkata, tiga lokaliti dikenakan PKPD di Penampang iaitu Apartmen Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2 selain tiga di Tawau iaitu Kampung Lahat-Lahat Pulau Sebatik, Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan.

“Selain itu, dua lokaliti di Kinabatangan iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1, dua di Tenom (Kampung Mamaitom, SKIM Kuala Tomani) dan dua di Putatan (Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat.

“Di Kota Marudu pula membabitkan Kampung Talantang 1, Penampang (Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai), Kampung Ayer, Kudat dan Kampung Pengalat Besar, Papar,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, seramai 330 individu dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan 25 direman atas kesalahan sama semalam.

“Selain itu, berikutan kegagalan mematuhi SOP, sebanyak 52 premis membabitkan 10 kilang, 39 premis perniagaan dan tiga tapak pembinaan diarahkan tutup serta-merta.

“Menerusi Op Benteng membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan, 17 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dan 25 kenderaan darat dirampas.

“Sebanyak 890 sekatan jalan raya dilaksanakan di seluruh negara setakat semalam,” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis