11,889 Kes COVID-19 Baharu Hari Ini

Berita11,889 Kes COVID-19 Baharu Hari Ini

PUTRAJAYA – Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 11,889 kes positif baharu COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat ini sebanyak 2,257,584 kes.

Katanya, Sarawak masih lagi mencatatkan bilangan kes harian tertinggi sebanyak 2,413 kes, disusuli Selangor dengan 1,568 kes positif baharu dan Johor dengan 1,217 kes.

“Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak (959); Sabah (872); Kelantan (858); Pahang (831); Pulau Pinang (779); Kedah (710); Terengganu (699); Melaka (378); Kuala Lumpur (289); Negeri Sembilan (197); Perlis (81); Putrajaya (36) dan Labuan dengan dua kes baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

KKM pandemik COVID-19

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis