10 Kes Varian Delta Covid-19 Dikesan

Berita10 Kes Varian Delta Covid-19 Dikesan

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan kesemuanya melibatkan varian Delta (India) (sublineage B.1.617.2) menerusi kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 22 Julai hingga hari ini.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu tersebut dikesan di Melaka (tiga kes), Kedah dan Johor (masing-masing dua kes) serta Terengganu, Perlis dan Selangor (masing-masing satu kes).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI),”katanya dalam kenyataan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta (Afrika Selatan) 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha (United Kingdom) manakala bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta (Filipina), empat kes varian Kappa (India) dan tiga kes varian Eta (Nigeria). – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis